merdeka

0 cekam kaki
selamat hari merdeka

adakah kita sudah merdeka?

tanya diri sendiri


merdeka bukan hanya untuk negara
ianya untuk diri sendiri juga

memerdekakan diri dari sebarang komitmen
memerdekakan diri dari sebarang jajahan
memerdekakan diri dari segala kongkongan

itu baru merdeka
anda layak untuk sambut hari kemerdekaan

.......




aku masih terkapai-kapai mencari kemerdekaan

hari ini cuaca baik

0 cekam kaki
hari ini
semakin baik
kemenangan membawa keseronokkan
luka duka harus ditinggalkan.

hari ini
sudah tersenyum
sudah gembira
tiada lagi luka dan duka

kapal kertas sudah hancur
masanya

.....




kapal kertas baru
senyum

bulan siang

0 cekam kaki
ku tunggu-tunggu
masih tiada
ku panggil-panggil
pon tiada
mana perginya bulan

mana hilang-nya bulan
bagaimana nak ku capai
bagaimana nak ku lambai

mana pergi bulan
kenapa gantinya matahari
kenapa matahari yang panas
di mana bulan yang sejuk
sejuk bak embun malam

kenapa matahari
kenapa bukan bulan
yang aku impikan bulan

matahari sakit-kan mata
pedih-kan muka
aku tak suka

aku takkan dapat lagi bulan
bulan takkan datang
kerana malam aku sudah tiada

gua hanya tunggul statik

0 cekam kaki
tunggul yang tak ada perasaan
yang tak ada tindak balas
yang tak tahu membuat fotosintesis-nya
yang hanya berdiri statik
menunggu reput di mamah anai-anai

aku tunggul buruk
tak ada guna disimpan
huduh di buat perhiasan

aku tunggul buruk
hanya memberi kebencian
pada mata-mata si perjalan

aku tunggul buruk
hanya memberi amarah
mungkin pemberi kerinduan
hanya untuk si buta penglihatan

aku hanya tunggul buruk
bakar aku
lemparkan aku dalam semak

aku hanya tunggul statik
jangan risau

oh bulan

0 cekam kaki
kau ku kapai-kapai

kau ku lambai-lambai

tak juga sampai-sampai

lagi ku kejar lagi kau jauh tinggalkan

kau-lah bulan yang tak mungkin aku capai

melayu tewas hari ini

2 cekam kaki
"kau la ni"

"kau la"

"ini salah kau"

"apa plak salah aku?"

"siapa suruh kau lepak kat sini"

"dah orang suruh aku lepak sini,aku lepak la"

"kalau kau tak lepak sini,aku tak tewas la hari ni"

"yang kau tertewas tu kenapa?"

"dah aku tengok kau lepak kat sini"

"aku tak buat apa-apa pon"

"tak kira,salah kau jugak"













gua vs mesin air ada milo dengan 100 plus

rokok makruh di bulan puasa

0 cekam kaki
terbaring melihat daun menari-nari
mengenang apa akan jadi dan apa yang hendak dibuat
masa ni gua baru tingkatan 2
mana la tahu nak pikir masa depan sangat

setiap lima minit mesti gua tengok jam
perhh..lambat lagi ni
gua tengok muka belon(manusia) pon dah macam apa ntah

lepak punya lepak
datang pula si pangkat abang-abang



spa"hoi,buat apa hah?

gua"tak buat apa pon,lepak-lepak nak tunggu buka puasa"

spa"hampa puasa tak ni?"

gua"puasa la,kalau tak puasa dah lama kami makan la"nada penat.





tiba-tiba soalan diajukan kepada belon,



spa"ampa tau tak rokok sebenarnya boleh hisap time bulan posa"

belon"mana boleh la bang"

spa"sapa kata tak boleh?"

gua"semua orang cakap la"

spa"ok..kalau makan,kita masukkan dalam badan kita kan?"

gua"ha'a,rokok pon sama la"

spa"rokok lain,kita hisap lepas tu hembus balik..makruh je la"




belon/gua diam



brother tu membakar rokok


gua tak dapat berfikir dengan keadaan lapar
gua rasa bodoh macam budak darjah tiga berhenti sekolah
belon lagi-lah
sebab dia tingkatan 3 dah berhenti sekolah



fikir



fikir




selamatlah masa tu gua tak hisap rokok lagi kan

Kenapa kau pohon dua musim.

2 cekam kaki




musim bunga kau memang cantik
sangat cantik

menarik perhatian si hidupan bumi
sang terbang
sang berjalan
sang merangkak

semua tertarik
warna-warna kau
bertaburan di lantai bumi
cukup indah sang pemerhati

gambar kau dibingkaikan
dikenangkan
diamati dalam keasyikan

sekejap saja

kau keguguran
hilang warna-warnanya
tiada lagi keasyikan
tiada lagi tarikan

hanya tinggal kulit-kulit berkedut
sang terbang
sang merangkak
sang berjalan

semua tak tertarik
hanya berlalu begitu

kau hanya tinggal ranting-ranting yang menakutkan
di kala malam

tak tahu berbunga lagi
bila
dan bila
masih bolehkah

harap-harap

syaitan setan

2 cekam kaki

1217

mata terbuka sebelah memandang jam di talifon mudah alih..
erhhh..
12.17 tengah hari.

aku terus bangun dan mencapai tuala yang kononnya hendak terus mandi
dan nak terus keluar beli makan tengah hari la yang memang tertulis dalam
jadual harian biasa aku.



*mamai





otak



bingung dengan apa yang nak dilakukan pada hari cuti.
seperti hari-hari cuti yang lain.
memang sebingung ini.

aku mencapai marlboro light 14 aku.
dengan tuala dililit seperti skaf yang budak-budak sekarang pakai tu.
*selalu nampak kat bukit bintang

terus ke komputer.

oh,menunggu window loading memang membosankan.
sambil menunggu dan berfikir.

"hmm,nak tapau apa ye hari ni"?

sambil memikir sambil tak sedap hati.

"apa benda yang tak buat lagi ni?"

lagi pikir lagi tak sedap hati.

"rasa nak hisab rokok tapi dahaga plak"





tangan



aku memegang kotak rokok sambil tangan kanan
menaip di papan kunci itu.

masih bingung dan memikir..

"kenapa hari ni rasa lain eh?"

"aduh..awat lain macam ni"



dengan tangan menggengam kotak rokok..
dengan tangan hampir membuka kotak rokok..















tiba-tiba......















hari ni puasa.

setan la hang ni syaitan!!

to pasu kristal yang pecah

3 cekam kaki

pasu kristal kau itu
walaupun dah pecah
walaupun dah menjadi abu


pasti ada serpihannya lagi
pasti ada sinarnya
pasti ada harganya


yang memang tak dapat dilihat
tak dapat dinilai
tetapi dapat diuji


mungkin tak semahal dahulu
tak secantik dahulu

tetapi

harganya masih ada
sinarnya masih ada


boleh dikutip
boleh disimpan
dibungkus
dibingkai kan















jika mahu.

kring kring madam

2 cekam kaki

Dengan ini,
saya,pemegang mohor besar raja-raja.
mengistiharkan bulan berpuasa jatuh pada hari sabtu
bertarikh 22.9.2009.

tut tut tut.....

madam:hello..

h:hello..

madam:lama tak call,kerja ok..

h:ok ja,

madam:awat call?

h:saja ja nak cakap selamat berpuasa..hehehe

madam:raya ni balik tak?baju dah siap tu..

h:oh,mesti la balik

madam:ingatkan ada apa la tadi..ingatkan nak mintak duit.(gelak madam sinis)

h:takda lah..

madam:macam mana nak puasa kat sana?hah

h:puasa macam biasa la mak..

madam:macam biasa tu maknanya tak puasa la kan?
kat umah dulu pon puasa macam biasa gak kan..
tapi tak puasa pon kan?(leter)

h:haha..puasa la,tapi awai awai la.(loghat kedah)

madam:haa,takpa la..satgi beli nasi tu kena tangkap plak.(pesanan yang agak sinis)

h:huhu..takda lah..beli sorok-sorok la.haha

madam:ok-ok.jangan dok keluaq sangat..jaga diri.

h:ok,bye

madam:bye



*terdiam malu

Hilang.

2 cekam kaki
nak ku pegang tangan
putus tangannya
nak ku katakan baik
pekak telinganya
nak ku senyum hadapannya
buta matanya
nak ku sentuhnya
lutsinarnya dia

berlalu dengan senyuman manis