Happy New Year People

0 cekam kaki
start to find something new.

between you and me.

3 cekam kaki
 


but its still computer.
Posted by Picasa

yummy yums!

0 cekam kaki
 


wanna eat this? its feel like im eat teddy bear!
Posted by Picasa
0 cekam kaki
 
Posted by Picasa

Yes teacher!

0 cekam kaki
subuh-subuh mak gua dah kejut pergi sekolah.mandi punya mandi,guna sarung baju hijau sama seluar sukan.Oh!sekolah gua ada hari sukan.mak gua tapaukan roti dalam bekas untuk gua. tetapi gua lebih gemar makan kat kedai.

tunggu punya tunggu..bas gua pon sampai.

sampai je kat sekolah,gua tengok budak budak lain tengah aktif lari lari. gua alah sikit dengan sukan berpeluh ni.tak mencabar bagi gua.

sukan yang gua gemar masa tu adalah lastik sarang tebuan,rembat mangga orang,main barang barang elektronik.oh!lagi satu gua suka curi talian telefon awam.mencabar kan?

sedang gua melepak melepak bawah pokok...

datang cikgu cina gebu bertanya gua."eh,are you join this team?"ada satu pasukan sedang beratur depan gua tu.

dengan pemahaman soalan yang hanya 0.03% itu gua dengan yakin menjawab, yes teacher!
tanpa berlengah cikgu cina gebu itu terus berkata"so,why are you still here.go to them." dan gua dengan yakin menjawab,yes teacher!untuk kali kedua.

gua bersama-sama beratur..

acara yang gua masuk tu lari dalam guni.

bila acara dah start,gua dah cuak. eh! apahal team gua boleh lebih sorang ni?
baru gua sedar yang nama gua takda pon dalam senarai.team gua yang ala-ala tu menang tapi hadiah untuk gua takda.


*cikgu cina gebu bagi hadiah buku latihan tanda tutup malu gua.ceh!

papan tanda awas!

0 cekam kaki
perlahan lahan gua buka mata,nak layan mimpi la katakan. tiba-tiba gua tengok jam dah pukul 3.50 p.m.Alamak!gua dah lambat.gua ada latihan bola sepak.sebenarnya gua minat juga bola sepak sebab kat sekolah ramai gadis suka pemain bola sepak sekolah.

gua capai tuala macam nak mandi tapi gua tak mandi.gua basuh muka je.siap siap gua terus capai mountain bike gua.

gua kayuh..

gua kayuh lagi..

tengah gua speeding,gua dengar suara anjing.gua seram sikit dengan anjing ni.bukan apa,susah nak urus kalau kena gigit anjing.samak la apa la.setakat gigit tu gua tak heran sangat.

gua paling kanan kiri..

tak ada pon kelibat,tapi salakan ada.gua yang speeding dalam keadaan mamun dan tercari-cari anjing terus..

gua sedar gua dah baring atas jalan.




*tak awas langsung papan awas

buaya tak buka mulut,gua masuk sendiri

0 cekam kaki
gua pandang ke dinding,jadual cuti sekolah gua sangat sibuk.tak dapat gua nak siapkan kerja sekolah gua.semua jadual gua penuh dengan main.tiba tiba gua boleh teringat yang cuti ni gua belum pergi mandi air terjun.gua terus bersiap.

Dengan berbekalkan rm2 yang gua mintak dekat kakak gua,terus gua capai basikal gua cari kawan-kawan.

kawan-kawan gua semua on je kalau gua ajak.terus gua gerak ramai-ramai naik basikal.

sampai je air terjun,gua terus lompat masuk air.

lompat punya lompat..

panjat punya panjat..


boleh pulak gua terserempak dengan makcik kepoh kawan mak gua.makcik ni memang top la kalau bab kepoh ni.gua main hujan pon dia cerita kat mak gua.

gua dah tak ada mood nak mandi.hati gua dah gundah gulana.terus gua ajak kawan gua balik.

masa dalam perjalanan balik,jumpa lagi makcik kepoh.siap dengan isyarat jari telunjuk yang menunjukkan dia nak bagitahu mak gua.peh!

gua lagi serabut.

serabut...


sampai rumah gua tak berani balik.gua duduk kat taman permainan belakang rumah.mak gua cari.

Alamak!mati la gua mak gua dah jumpa.gua yang muka dalam ketakutan disoal,"kenapa tak balik?ada buat salah apa?"

gua pelik,mak gua tak tahu ke gua mandi air terjun?bila mak gua dah tahu gua ada buat salah,terus dia suruh gua mengaku apa yang gua dah buat.

gua dah tak tahan tekanan yang mak gua tekan kat gua,terus gua mengaku gua mandi air terjun.
gua dah kantoi sendiri.

aduh!


*kesian bapak gua kena beli tali pinggang baru

ini kisah zaman botak cin

0 cekam kaki
riuh rendah satu kelas bunyi suara budak-budak.Gua dengan gaya tersendiri melihat sekeliling.hari itu kelas gua dapat susu kotak.*hanya mampu diperolehi pada zaman sekolah rendah.Semua budak-budak dapat termasuk gua.Ada rakan gua yang tak datang hari itu. jadi susunya disimpan dalam almari di belakang kelas.Gua jeling..

Gua jeling lagi...

Gua tunggu semua budak balik.Gua dengan sahabat gua dah atur plan yang sudah diplan dibelakang buku latihan matematik.

loceng berbunyi..

Gua dengan pantas rembat satu masuk beg.rakan gua pon sama.Dua dua berjaya dengan jayanya.

esok hari..

Pengawas datang kelas gua panggil nama gua.gua dah cuak! apahal ni?
terus pengawas tu cakap guru besar nak jumpa.Pelik gua,gua bukan best student pon yang guru besar nak jumpa.

sampai je bilik guru besar,ada cikgu disiplin,cikgu susu tu.Mata gua terpandang muka cikgu susu tu.apasal cikgu susu pon ada?ke sebab susu? otak gua running macam cpu pentium 2.*masa tu pentium 2 paling power.

Tiba-tiba rakan seperjuangan susu gua pon dah ada.sah! ni mesti kes susu! mampus gua.Rakan gua dah nangis-nangis depan guru besar tu.

perlukah gua berlakon simpati juga?

no! no!

gua disoal siasat macam CSI.last-last gua mengaku gua curi susu tu.Gua ingat nak kena rotan ke,gantung sekolah ke,hantar Henry gurney ke.

Gua kena ganti susu tu yang beharga ENAM PULUH SEN. Ceh!



*gua ada baki duit sekolah lagi RM1.40. boleh makan satay ikan.