selamat hari raya

2 cekam kaki
maaf zahir dan batin.

hati kembali gembira di hari raya

terima kasih kalian
separuh nyawa itu diutamakan

^_^

partikel hatiku beterbangan

2 cekam kaki
partikel-partikel hati itu sudah beterbangan
terbang dibawa angin
angin yang ingin bebas ke mana sahaja

mungkin terlalu lama aku pegang
mungkin terlalu lama aku simpan
terbang jua akhirnya

tahniah angin

kini kubikel kecil hati sudah kosong



itu yang kau mahukan

ini betul

0 cekam kaki
yang kau nampak hanya timbunan kristal itu
tunggul buruk kau tak nampak
kau tak pandang pon tunggul buruk itu

hanya berlalu dan terus ke timbunan kristal itu..
aku tahu
itu cantik
itu mahal

bila timbunan itu dicuri
kau duduk juga atas tunggul buruk tu
tak bersalah kah
tak malu kah

pernah tahu apa tunggul itu rasa
diendah kan masa senang
bertenggek juga masa lenguh

itu lah masalah mata
hanya yang berkilau diminati
yang buruk dicaci

lumrah alam semesta
langit-langit
gunung-gunung
bulan bintang

walaupun tunggul itu setia menunggu
lama-lama reput juga dimamah masa

hati sudah mula berpecah

0 cekam kaki
mungkin ini pertanda baik

i hope so

yang tinggal hanya sisa-sisa

0 cekam kaki
hidup harus diteruskan
masa depan masih cerah
matlamat belum dikecapi
apa yang ada masih belum boleh digunakan

aku hanya berfikir

aku suka bunyi dan bau itu

0 cekam kaki
azan berkumandang....

gua ready dengan soya cincau gua.itu pon gua tengok televisyen.macam sedap je.terus gua suruh mak gua beli satu untuk gua.

gua makan laju-laju.klik gua dah tunggu kat luar panggil-panggil.
masa tu makan gua letak nombor dua.klik gua mesti nombor satu.dulu gua kurus.

pakai baju melayu konon-konon nak pergi sembahyang.gua kayuh basikal bmx gua pergi tempat klik-klik gua lepak.

macam-macam mercun ada.gua suka.sebab klik-klik gua banyak mercun.gua tak ada.
boleh gua tumpang mercun klik-klik gua.cantek!!

gua suka bau asap belerang tu.

main punya main.gua tak perasan baju gua dah lubang-lubang.macam sleeveless pon ada tapi yang lengan panjang.gua dah tak sedap hati.macam mana gua nak balik.
pasti mak gua tunggu gua dengan tali pinggang.gua kusut.

gua marah klik-klik gua.

gua balik jugak.sampai rumah gua terus bukak baju.mak gua tak tanya tapi gua jawab gua panas.terus kantoi.

gua direman.

......


tapi semua tu dah berlalu.
kenapa harus ada perubahan

kenapa kita semakin dewasa
kenapa makin berat tanggunjawab
masa itu kejam-kah
atau aku yang tak pandai mengurusnya
barangkali

*hanya melihat kanak-kanak bermain

forgetting sarah marshall

3 cekam kaki
enak ditonton jika mengalami

harus ditonton jika mahu ditangisi

dan aku

hanya tersenyum

usah melawan arus

0 cekam kaki
arus itu deras
sangat deras
tak akan dapat lalu
tak akan dapat lintas

melawan dan terus kesakitan
mungkin kematian

hanya mengikut arus
tiada kesakitan
tiada kecelakaan
itu lebih baik

mungkin di atas arus
ada muara tenang
tenang yang mengasyik-kan
tenang yang mengembira-kan

dan

air yang tenang mungkin ada buaya-nya

jadi,hanya ikut arus
ke mana sahaja
arus
bawa lah dia

jangan melawan arus
itu menyakitkan

pohon dua musim kembali

0 cekam kaki
musim-nya kembali
musim yang berseri-seri

indah
memang indah

masih tertanya
sesuatu difikir-kan
ada kurang sesuatu
mungkin
atau perasaan

bunga-nya tak banyak
pergi mana lagi

mungkin pohon sudah tua
jahat si masa memamah usia dia

tetapi

masih ada seri-nya
harap masa tak kejam lagi
aku masih mahu lihat


harap-harap lagi


*senyum

kenapa

0 cekam kaki
kenapa ramai yang ingin pergi

DIA marah aku barangkali
aku selalu lupa

...

terima kasih ingatkan

hilang lagi

0 cekam kaki
satu
dua
tiga
empat
lima
enam
tujuh
lapan
sembilan
???????

mana lagi satu
dah pergi mana
dah pulang
kenapa
sakit
datang lagi tak
tak

.....

dah tak dapat makan nasi lauk ikan dugong

zaidi/dam

al-fatihah